Tak Banyak Citer pasaL aku..cume aku ni jenis suke dok rumah sambil membayangkan kehidupan dimasa depan. Tak la pulak aku dok termenung mengenang kisah silam..cume benda yang lalu leh di jadikan iktibar dan kenangan bagi aku supaya ianya tidak berulang kali ke-2, ke-3 & seterusnya. Kenangan sama Arwah Abah sampai mati aku takkan lupe..SYG ABAH. Aku berfikir adakah aku ditakdirkan utk berfikiran begini atau aku boleh mengubah takdir dengan memikir benda lain? semua orang ada perasaan..terlintas jugak kenapa orang yang tak de perasaan sedangkan perasaan boleh berubah-ubah.aku masih menyendiri dalam melayari perasaan yg tak sudah2. esok2 banyak kerja yg perlu dilakukan sedangkan kerja yg ada bukan seratus % kita buat..ek..perut yg lapar pun kene isi..poket kosong money kene cari..ermm...duit..masalah jugak tu...THINK..?? pikir lagi...bila la nak kaya ek..huhuhuhuhu....den totap den..den bukan orang lain.peduli apo orang nak kato yg ponting eh den bahagio...
Ke Jelobak.. Ke Jolobu
Tuai Padi.. Tigo Tangkai..
Dah Kono Komat Jolobu..
Tak Mati Badan Moghasai..
Sapo Yang Ponah Dongar Lagu Ujang dongan Milah.. Kompom Ingat Lirik ni. Bagi Den Takdo La Polik Bona Panton Ompek Korek Ni.. Mungkin Sobab Den Oghang Jolobu Kot..
PEPATAH `biar mati anak, jangan mati adat' cukup sinonim dengan budaya masyarakat pengamal adat Perpatih di Negeri Sembilan. Malah adat yang datang ke negeri ini sejak abad ke-15 dari Minangkabau secara bergelombang, mula terasa bahang empayarnya selepas abad ke-17. Aku pulak dari Suku Biduanda. Dibawah ni serba sedikit info yang dapat kita selami bersama. Jika ada kesilapan dari mata pembaca, mohon perbetulkan dari sudut komen.
Penghijrah Minangkabau yang pada awalnya memilih untuk menetap di kawasan pedalaman berikutan suasana alam yang sama di Negeri Sembilan, turut melabuhkan noktah di situ selepas
Selepas itu, dengan termeterainya satu perjanjian bersama atau loghat Negeri Sembilan – pepauh antara Datuk Perpatih Pinang Nan Sebatang dengan Datuk Ketemenggongan, maka satu perdamaian tercetus di mana kawasan laut diserahkan kepada Datuk Ketemenggongan, manakala kawasan darat dipunyai oleh Datuk Perpatih.
Maka sehingga hari ini, suasana itu terbukti apabila daerah Port Dickson bukan merupakan pengamal adat Perpatih, sementara daerah seperti Rembau, Jelebu dan Kuala Pilah dinobat sebagai antara pengikut kuat kepada adat ini. Inilah antara keunikan adat Perpatih
Persoalannya, sejauh mana masyarakat negara ini memahami tentang adat Perpatih?
Adat Perpatih merupakan suatu peraturan hidup yang sistematik dengan berteraskan keharmonian hidup masyarakat yang diamalkan oleh orang Negeri Sembilan dan Naning di Melaka. Sebagai satu cara hidup, adat Perpatih mempunyai peraturan asas yang tidak boleh diubah langsung.
Perkara asas itu termasuklah hidup bersuku, mengira keturunan daripada nasab ibu, perwarisan tanah pusaka dan lain-lain lagi.
Sistem sosial tersebut mengandungi sistem nilai, sistem kekeluargaan, sistem politik dan sistem hukum adat yang lengkap.
Oleh yang demikian, sistem adat Perpatih terdapat sistem perut dan suku. `Perut' adalah unit terkecil di dalam sistem adat Perpatih dan beberapa `Perut' lain akan membentuk `Suku'. Tiap-tiap `Perut' akan diikuti seorang `Buapak', sementara setiap `Suku' diketuai oleh seorang `Lembaga'.
Selain itu dalam sistem politik adat Perpatih terdapat juga jawatan Undang yang menerajui Luak. Satu lagi keunikannya ialah kehebatan sistem harta pusaka di mana barang peninggalan itu dianggap pusaka seperti rumah, tanah, barang kemas dan lain-lain yang hanya boleh diwarisi oleh anak perempuan sahaja
Di Negeri Sembilan terdapat 12 suku di mana sembilan datang dari Minangkabau iaitu Paya Kumbuh, Seri Lemak, Mungkal, Tanah Datar, Batu Belang, Tiga Batu, Tiga Nenek, Seri Melenggeng dan Batu Hampar, sementara selebihnya satu dari Anak Acheh dan dua lagi dari Anak Melaka. Negeri Sembilan ditonjolkan menerusi masakan, minuman, budaya, tarian dan alatan permainan tradisional. Antaranya termasuklah masakan lemak cili api, nyanyian lagu Bongai (bermaksud seorang yang dihormati dan dikasihi) dan tarian lagu Chaklempong serta Tumbuk Kalan.
Untuk Renungan Bersama... Kisah Yang Penuh Iktibar, Semoga Kita Dapat Mengambil Pengajaran Daripadanya.
WANITA: Menurut Kamu, Saya Ini Siapa?
LELAKI: (Berfikir Sejenak, Lalu Menatap WANITA Dengan Pasti) Kamu, Tulang Rusukku!
Hidup Mereka Menjadi Membosankan. Kenyataan Hidup Yang Kejam Membuat Mereka Mulai Menyisihkan Impian Dan Cinta Satu Sama Lain.
Mereka Mulai Bertengkar Dan Pertengkaran Itu Mulai Menjadi Semakin Panas. Pada Suatu Hari Pada Akhir Sebuah Pertengkaran WANITA Lari Keluar Rumah. Saat Tiba Di Seberang Jalan, Dia Berteriak Kamu Tidak Cintakan Saya Lagi!!!.
LELAKI Sangat Membenci Ketidakdewasaan WANITA Dan Secara Spontan Juga Berteriak Saya Menyesali Perkahwinan Ini! Kamu Ternyata Bukan Tulang Rusukku!!!
Tiba-Tiba WANITA Terdiam, Dan Berdiri Kaku Untuk Beberapa Saat. LELAKI Menyesali Akan Apa Yang Sudah Dia Lafazkan, Tetapi Seperti Air Yang Telah Tertumpah Tidak Mungkin Untuk Diceduk Kembali.
Dengan Berlinang Air Mata, WANITA Kembali Ke Rumah Dan Mengambil Barang-Barangnya, Bertekad Untuk Berpisah. Kalau Saya Bukan Tulang Rusukmu, Biarkan Saya Pergi. Biarkan Kita Berpisah Dan Mencari Pasangan Sejati Masing-Masing
LELAKI Masih Belum Lagi Berkahwin, Tetapi Berusaha Mencari Khabar Akan Kehidupan WANITA. WANITA Pernah Ke Luar Negeri Tetapi Sudah Kembali. Dia Pernah Berkahwin Dengan Seorang Asing Dan Bercerai
LELAKI Agak Kecewa Bila Mengetahui WANITA Tidak Menunggu, Sepertinya. Dan Di Tengah Malam Yang Sunyi, Dia Meminum Kopinya Dan Merasakan Sakit Di Hatinya. Tetapi LELAKI Tidak Sanggup Mengakui Bahawa Dia Merindukan WANITA.
Suatu Hari, Mereka Akhirnya Bertemu Kembali. Di Airport, Tempat Di Mana Banyak Terjadi Pertemuan Dan Perpisahan, Mereka Dipisahkan Hanya Oleh Sebuah Dinding Pembatas.
LELAKI : Apa Khabar?
WANITA : Baik... Kamu Sudah Menemui Tulang Rusukmu Yang Hilang?
LELAKI : Belum..
WANITA : Saya Akan Terbang Ke
Saya Akan Kembali 2 Minggu Lagi. Telefon Saya Kalau Kamu Berkesempatan. Kamu Tahu Nombor Telepon Saya
Satu Minggu Kemudian, LELAKI Menerima Khabar WANITA Adalah Salah Seorang Korban Menara WTC. Malam Itu, Sekali Lagi, LELAKI Meneguk Kopinya Dan Kembali Merasakan Sakit Dihatinya. Akhirnya Dia Sedar Bahwa Sakit Itu Adalah Kerana WANITA, Tulang Rusuknya Sendiri Yang Telah Dengan Bodohnya Dia Patahkan.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kerana Itu, Jagalah Dan Sayangilah Orang Yang Dicintai Dengan Sepenuh Hati... Sebelum Mengucapkan Sesuatu Berfikirlah Dahulu, Apakah Kata-Kata Yang Kau Ucapkan Akan Menyakiti Orang Yang Dicintai? Kira Merasakan Akan Menyakitinya, Sebaiknya Jangan Pernah Dilafazkan. Kerana Semakin Besar Risiko Untuk Kehilangan Orang Yang Dicintai. Jadi Berfikirlah, Apakah Kata-Kata Yang Akan Dilafazkan Sebanding Dengan Akibat Yang Akan Diterima??
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Copy / Olahan : Nana Rahman